Sila klik pautan di bawah
untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang:
Penyembahan Dalam Syurgawi
dan Hidup Kehidupan Syurgawi
 

Tentang Glory Harps

Mazmur 149

 

Haleluya!
Nyanyikanlah bagi TUHAN [YAHWEH] nyanyian baru!
Pujilah Dia dalam jemaah orang-orang saleh.
Biarlah Israel bersukacita atas Yang menjadikannya,
biarlah bani Sion bersorak-sorak atas raja mereka!
Biarlah mereka memuji-muji nama-Nya dengan tari-tarian,
biarlah mereka bermazmur kepada-Nya
dengan rebana dan kecapi!
Sebab TUHAN [YAHWEH] berkenan kepada umat-Nya,
Ia memahkotai orang-orang yang
rendah hati dengan keselamatan.
Biarlah orang-orang saleh beria-ria dalam kemuliaan,
biarlah mereka bersorak-sorai di atas tempat tidur mereka!
Biarlah pujian pengagungan Tuhan [Elohim]
ada dalam kerongkongan mereka,
dan pedang bermata dua di tangan mereka,
untuk melakukan pembalasan terhadap bangsa-bangsa,
penyiksaan-penyiksaan terhadap suku-suku bangsa,
untuk membelenggu raja-raja mereka dengan rantai,
dan orang-orang mereka yang mulia dengan tali-tali besi,
untuk melaksanakan terhadap mereka
hukuman seperti yang tertulis.
Itulah semarak bagi semua orang yang dikasihi-Nya.
Haleluya!

 

Setiap kecapi Glory Harps dibuat dengan penuh kasih sayang oleh pemain kecapi yang diurapi bagi mendorong badan Mesias (Kristus) untuk menyembah YAHWEH (TUHAN) dengan cara syurgawi, iaitu dengan kecapi; bagi mengisytiharkan Firman YAHWEH daripada Alkitab melalui nyayian dan juga menyayikan lagu-lagu Roh Kudus sebagaimana yang dibawa oleh-Nya.

 

Oleh sebab itu, Glory Harps telah mula membuat kecapi sejak bulan Jun 2016. Matlamat kami adalah untuk menjadikan kecapi lebih murah dan mudah diperolehi agar Tubuh Mesias dapat menyembah Tuhan di bumi seperti di syurga dengan menggunakan kecapi.

 

Kami memuji YAHWEH bagi setiap langkah perjalanan yang dituntun oleh-Nya. Ia merupakan sesuatu yang menarik untuk menyaksikan Tuhan mengurapi mereka yang tidak tahu apa-apa berkaitan dengan kecapi, membuat kecapi yang bermutu. Daripada yang muda sehingga ke lanjut usianya, banyak yang mula bermain kecapi dan juga mengajar orang lain.
 
Kami berdoa bahawa anda juga sangat diberkati semasa anda menyembah Tuhan dengan alat muzik syurgawi Tuhan.

 

Adalah berkat dan suka cita untuk mengalami penyembahan syurgawi dengan dimensi baru dan adalah menjadi hasrat kami untuk memaklumkan kepada bangsa-bangsa tentang cara penyembahan dan pemujian syurgawi yang meninggikan Yeshua HaMashiach (Yesus Kristus) dengan kecapi.